Thursday, August 27, 2009

Cahaya Hidayah Hati, Ujian dan Kepatuhan AURAT?? renungan sejenak..



Mari sama-sama kita fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin seseorang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja.
Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mungkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.

BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?
Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang disebutkan diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar kita dengar hujah ini di media massa.
Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-
“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)
Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam jubah untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan “Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.
Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau kerana tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sesetengah orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina.
(Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)
Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.

BANTAHAN KAUM WANITA
“Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu didengar bila isu ini ditimbulkan.
“Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?”.Jika anda mengatakan pernah , apa kaitannya?”
“Biasanya bila seseorang itu sedang marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang dikeluarkan olehakhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal”
“Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman web, akhbar, majalah dan novel lucah ” .
“Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?” .
“Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dari mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing”.
“Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenis anda yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur”

Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :

زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين

“Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta…”
Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :
ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء
Ertinya : “Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita” (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )

ANTARA LAWAK & HUKUM
Sering kali lelaki apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. “tak pe kan, pandangan pertama tak berdosakan?”. Sedih kita melihat sikap sebahagian umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.
Sebuah hadith :

“Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!“

(Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)

- Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.
Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : ” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

SUARA WANITA: Aurat atau Bukan ?

Perbahasan mengenai kedudukan suara wanita telah banyak dibahaskan. Pelbagai pendapat berhubung permasalahan ini telah dikemukan samada yang disandarkan kepada nash syarak atau secara aqliyah semata. Tidak dinafikan wujudnya percanggahan pendapat dalam perkara ini. Pada kesempatan kali ini, sekali lagi kita akan turut membahaskan perkara ini. Apa yang bakal kami tampilkan di sini merupakan prinsip yang dipegang oleh penulis setelah mengkaji secara dalam dan menyeluruh (al-fikrul al-mustanir) berdasarkan nash-nash yang ada. Sekiranya para pembaca menginginkan penjelasan lanjut, anda dialu-alukan berhubung terus dengan sidang redaksi.



Adakah boleh mendengar nyanyian dari seorang wanita ? Apakah kedudukannya dan bagaimanakah seharusnya sikap dan pendirian kita ? Mungkin persoalan sedemikian rupa sering berlegar di benak pemikiran kita. Ada yang mengatakan bahawa yang boleh didengar adalah nyanyian dari lelaki, sedangkan nyanyian seorang wanita adalah haram untuk didengar. Alasannya, suara wanita itu aurat (hal yang tidak boleh ditampilkan). Jawapannya wallahu ‘alam.



Walaupun nyanyian yang memalukan itu haram dikerjakan bila disertai dengan perbuatan haram atau mungkar namun mendengarkannya tidaklah haram. Keharamannya itu terbatas pada mendengarkannya secara langsung dari penyanyinya ditempat maksiat (contohnya konsert secara langsung), bukan kerana suara penyanyi wanita itu aurat. Keharaman itu terletak pada sikap berdiam diri terhadap nyanyian yang berisi kata-kata mungkar dan sipenyanyi wanita tersebut menampilkan kecantikkannya untuk ditonjolkan dengan membuka auratnya, misalnya rambut, leher, dada, betis, paha dan bahagian aurat lainnya. Inilah yang diharamkan oleh syara’, bukan kerana masalah mendengarkan nyanyian wanita itu.



Suara wanita bukan aurat kerana jika disebut demikian, mengapa Rasulullah SAW mengizinkan dua budak wanita menyanyi di rumahnya ? Selain itu, baginda SAW juga tidak keberatan berbicara dengan kaum wanita, sebagaimana yang terjadi ketika menerima bai’at dari kaum ibu sebelum dan sesudah hijrah. Bahkan beliau pernah mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar untuk memukul rebana dan menyanyi di hadapan Rasulullah SAW. Semua keterangan tersebut dan keterangan serupa lainnya menunjukkan bahawa suara wanita bukan aurat.



Selain itu, syara’ telah memberikan hak dan kekuasaan/kebenaran kepada kaum wanita untuk melakukan aktiviti jual-beli, berdagang, menyampaikan ceramah atau mengajar, mengaji Al Quran di rumah sendiri, membaca qasidah atau syair dan sebagainya. Jika suara mereka itu dianggap aurat atau haram diperdengarkan maka tentu syara’ akan mencegah mereka melakukan semua aktiviti tersebut. Inilah hujjah yang kuat. Memang diakui, syara’ melarang wanita menampilkan perhiasannya di hadapan kaum lelaki yang bukan mahramnya, melenggak-lenggok atau manja dalam berbicara sebagaimana yang telah diterangkan oleh Allah dalam firmanNya yang mafhumnya:



“...dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita...”[An Nur: 31]



Syara’ tidak melarang wanita berbicara dengan lelaki dengan syarat ia tidak menampilkan kecantikkan atau perhiasannya kepada masyarakat umum di samping ketentuan lain yang telah ditetapkan oleh syara’. Oleh kerana itu, mendengar suara wanita tidaklah haram sebab ianya bukan aurat. Tidak ada larangan wanita untuk berbicara dengan kaum lelaki kecuali dengan suara manja, merayu, mendayu atau keluhan yang dapat menimbulkan keinginan kaum lelaki untuk berbuat jahat, serong dan perbuatan dosa besar yang lainnya terhadap wanita tersebut. Hal ini telah ditegaskan oleh Allah dalam firmanNya yang mafhumnya:



“...maka, janganlah kamu tunduk ketika berbicara (dengan manja, merayu, dan sebagainya).(sebab), nanti akan timbul keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (keinginan nafsu berahinya). Dan ucapkanlah perkataan yang baik (sopan santun).” [Al Ahzab:32]



Apabila wanita sudah melanggar perintah tersebut maka tidak hanya dirinya yang terlibat dalam perbuatan dosa atau haram, tetapi setiap orang yang membiarkan hal tersebut kerana mereka tidak menyeru kepada yang ma’ruf terhadap wanita itu dan tidak pula mencegahnya melakukan yang mungkar.



Rasulullah SAW bersabda mengenai hal ini:



“Siapa saja di antara kalian yang melihat adanya kemungkaran maka hendaklah ia ubah dengan tangannya. Jika ia tidak mampu melakukannya, maka hendaklah dengan lisannya. Kalau inipun tidak mapu dilakukannya, maka hendaklah dengan menolaknya dii dalam hatinya. Tetapi itulah iman yang selemah-lemahnya.” [HR Muslim, Abu Daud, Tirmizi, An Nasa’i dan Ibn Majah]

Cara Syaitan Membuka Aurat Wanita

Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

Berikut adalah cara bertahap:

I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza
halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan. .

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak ! apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita
kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanja! ng).

Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hi! jab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen ! pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa,
baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwan! ya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

Tetapi? apakah itu tidak menja! di fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.

III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mu! stahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

Penutup
Demikian halus,! cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahu a'lam bisshawab.

Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah

KEWAJIPAN BERTUDUNG DAN MENUTUP AURAT BAGI WANITA BERIMAN

Persoalan aurat ini telah diputuskan secara jelas oleh Allah Ta’ala dalam Al-Qur’an menerusi ayat hijab iaitu ayat 30 dan 31 Surah al-Nur yang bermaksud:
30."Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka….." sehingga akhir terjemahan ayat ini.

Kehendak ayat ini adalah jelas, kecuali maksud "perhiasan tubuh yang zahir" itu. Allah tidak menerangkan maksudnya, begitu juga tiada hadis qawli (ucapan Nabi ) yang sahih tentangnya. Tetapi hadis iqrari (perakuan Nabi ) yang sahih amatlah banyak sekali, iaitu perakuan Nabi terhadap para Sahabiat (sahabat wanita) yang semuanya bertudung setelah turun ayat hijab itu.

Pertamanya, hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada ‘Aishah r.a.:

"Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya."

Kedua, hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dan Abu Dawud daripada Safiyyah bint Shaybah katanya:

"Ketika kami bersama ‘Aishah r.a., kami menyebut-nyebut tentang kelebihan-kelebihan wanita Quraisy, lalu ‘Aishah menyampuk: "Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan pegangan mereka terhadap kitab Allah. Apabila Allah turunkan ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang Allah turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah turunkan, maka jadilah mereka wanita-wanita yang bertudung bersama Rasulullah saw., seperti sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka."

Lihat tentang tafsiran dua ayat dan dua hadis di atas dalam Muhd Ali al- Sabuni, Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir, (percetakan Dar al-Sabuni, Kaherah, t.t.)
Dan ketiga, satu hadis yang tidak berapa sahih tentang tafsiran"perhiasan tubuh yang zahir" itu ialah yang diriwayatkan oleh Abu Dawud daripada ‘Aishah r.a.:
Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: "Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini" (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya).
Dalam mentafsirkan ayat al-Qur’an yang bermaksud “dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka”. Prof. Dr. Hamka, dalam buku Tafsir Al-Azhar jld. 7 menjelaskan bahawa : ‘Peringatan kepada perempuan, selain menjaga penglihatan mata dan memelihara kemaluan, ditambah lagi iaitu janganlah dipertontonkan perhiasan mereka kecuali yang nyata sahaja. Cincin di jari, muka dan tangan, itulah perhiasan yang nyata. Ertinya yang sederhana dan tidak menyolok dan menganjurkan. Kemudian diterangkan pula bahawa hendaklah selendang (kudung) yang telah memang tersedia ada di kepala itu ditutupkan ke dada’.
Dalam mentafsirkan ayat yang sama, Ahmad Mustafa Al-Maraghiy dalam kitabnya Tafsir Al-Maraghiy jld.9 pula menjelaskan bahawa : “ Begitu juga setiap wanita hendaklah tidak menampakkan sedikitpun perhiasannya terhadap lelaki yang bukan muhrim, kecuali perhiasan yang biasa nampak dan tidak mungkin dapat disembunyikan, seperti cincin, celak mata dan lipstik. Dalam hal ini mereka tidak akan mendapat kesalahan. Kecualilah jika mereka menampakkan perhiasan yang patut disembunyikan seperti gelang tangan, gelang kaki, kalung mahkota, selempang dan anting-anting kerana semua perhiasan ini terletak pada bahagian tubuh (pergelangan tangan, betis, leher, kepala, dada dan telinga) yang haram dipandang kecuali oleh orang yang dibenarkan untuk melihatnya. Setelah melarang daripada menampakkan perhiasan, Allah Ta’ala selanjutnya memerintahkan agar menyembunyikan sebahagian tempat perhiasan pada anggota tubuh itu di mana mereka hendaklah melabuhkan tudung kepala ke dada bahagian atas hingga di bawah leher, supaya dengan yang demikian mereka dapat menutupi rambut, leher dan dadanya, sehingga tidak sedikitpun dapat dilihat oleh orang lain. Seringkali wanita menutupkan sebahagian tudungnya ke kepala dan sebahagian lagi dilabuhkan ke punggung sehingga nampak pangkal leher serta sebahagian dadanya seperti yang telah menjadi adat jahiliyyah. Dari itu mereka dilarang berbuat demikian”.
Daripada kedua-dua tafsiran ini jelaslah bahawa seorang wanita yang beriman itu wajib memakai tudung dan menutup aurat serta perhiasan-perhiasan yang terletak pada bahagian tubuh yang wajib disembunyikan daripada pandangan orang yang bukan muhrim kecuali pada muka dan kedua-dua pergelangan tangan yang merupakan perhiasan yang nyata bagi mereka.
Seterusnya, Allah Ta’ala turut menegaskan lagi mengenai kewajipan ini dalam Al-Qur’an Al-Karim menerusi ayat 59 Surah al-Ahzab yang bermaksud:
"Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)."

Dalam mentafsirkan ayat ini, Imam Ibn Kathir berkata, "Allah s.w.t. memerintahkan NabiNya supaya menyuruh isteri, anak dan wanita beriman agar mereka melabuhkan jilbab mereka supaya mereka berbeza dengan wanita jahiliyyah (yang tidak menutup aurat), dan jilbab ialah kain yang dipakai di atas tudung kepala…" (Lihat Muhd ‘Ali al-Sabuni, Mukhtasar Tafsir ibn Kathir, Dar al-Sabuni, Kaherah, t.t.)
Berdasarkan tafsiran ini, makna jilbab yang paling tepat dalam konteks hari ini ialah cadur, seperti yang dipakai oleh wanita Iran itu. Bagaimanapun jilbab yang difahami dan dipakai oleh wanita Islam Melayu sekarang pun telah mencapai maksud ayat tadi, iaitu supaya mereka dikenal sebagai wanita solehah dan tidak berani diganggu oleh lelaki fasiq pada kebiasaannya. Jilbab itu hendaklah labuh sedikit sehingga menutup bentuk dada mereka dan lebih baik lagi sehingga menutup paras punggung mereka. Ini kerana antara tempat yang paling menarik perhatian dan menjadi bualan lelaki-lelaki fasiq ialah dua tempat sensitif itu. Maka perlulah tutup lebih sedikit berbanding betis dan lengan. Perkara inilah yang wajib difahami oleh wanita-wanita yang mulia, terhormat dan mempunyai harga diri. Adapun wanita yang tidak bercita-cita sedemikian, maka mereka mencipta pelbagai alasan untuk mengharuskan pendedahan aurat atau perhiasan sulit (bukan zahir) mereka. Namun para pendakwah perlulah berhikmah dan beransur-ansur dalam pendekatan mereka. Jangan menghentam, menyerang dan menghina wanita Islam yang belum dihidayatkan Allah itu. Berilah galakan kepada mereka dan puji-pujilah mereka bahawa mereka kelihatan lebih cantik dan menawan bila mereka menutup aurat. Mudah-mudahan pujian tersebut dapat melembutkan hati mereka untuk bertudung dan menutup aurat dengan sempurna. Namun, pendekatan beransur-ansur itu bukan bermakna mengatakan mendedah rambut tidak berdosa langsung. Ini adalah pernyataan yang salah dan menyeleweng daripada tuntutan syariat Allah dan RasuNya.
Cara menutup aurat seperti yang diterangkan tadi adalah wajib bagi setiap wanita Islam bermula sejak mereka baligh sehingga mencapai usia yang tiada keinginan untuk berkahwin/bersuami lagi (menopaus). Bila mereka telah mencapai usia menopaus dan tiada keinginan lagi, maka ketika itu ada kelonggaran untuk mereka tidak menutup rambut dengan syarat tidak bersolek. Jika mereka masih bersolek dan berpakaian seksi, maka dakwaan bahawa mereka tiada keinginan adalah tidak diterima, kerana lazimnya tujuan solek dan pakaian seksi itu adalah untuk menarik perhatian dan mencari pasangan. Walau bagaimanapun, kekal beriltizam dengan cara menutup aurat yang sempurna itu adalah lebih baik bagi mereka, walaupun sesudah tiada keinginan. Hukum ini berdasarkan ayat 60 Surah al-Nur.

Kalimat aurat di dalam al-Qur’an

Terdapat tiga ayat yang mengandungi perkataan aurat di dalam al-Qur’an. Di samping itu, diselitkan juga di sini ayat-ayat yang mengandungi perkataan kemaluan dan bahagian aib seperti yang diterjemah di dalam Bacaan.



Aurat :

24:31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka menghentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.
(Tudung kepala yang lazim dipakai oleh wanita Melayu dewasa ini dipanggil “mindeel” dalam bahasa Arab. Perkataan ini tidak disebut di dalam al-Qur’an. Kalimat yang disebut di dalam ayat di atas, 24:31, ialah “khumur”.)

24:58. Wahai orang-orang yang percaya, hendaklah mereka yang tangan-tangan kanan kamu memiliki, dan mereka antara kamu yang belum cukup umur, meminta izin kepada kamu tiga kali - sebelum solat fajar, dan apabila kamu menanggalkan pakaian kamu pada waktu zuhur (tengah hari), dan selepas solat isyak - tiga kali aurat (penelanjangan) bagi kamu. Tidak ada kesalahan ke atas kamu atau ke atas mereka, selain daripada ini, untuk kamu ke sana dan ke mari, sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.

33:13. Dan apabila segolongan daripada mereka berkata, "Wahai penduduk Yatrib, tiadalah tempat tinggal di sini untuk kamu, maka kembalilah!" Dan segolongan daripada mereka meminta izin kepada Nabi, dengan berkata, "Rumah-rumah kami aurat (terbuka)", padahal ia tidak aurat; mereka hanya menghendaki untuk lari.

Kemaluan :

Kalimat al-Qur’an, faraj, diertikan kemaluan dan keretakan di dalam Bacaan. Ayat-ayat yang mengandunginya adalah:

21:91. Dan dia (Mariam) yang menjaga kemaluannya, maka Kami menghembuskan ke dalamnya Roh Kami, dan Kami membuat dia dan anaknya satu ayat bagi semua alam.

23:5. Dan yang pada kemaluan mereka (orang mukmin), mereka menjagai;

24:30. Katakanlah kepada orang-orang mukmin supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka; itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah menyedari apa yang mereka mengerjakan.

24:31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka menghentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.

33:35. Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim, dan lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, dan lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh, dan lelaki yang benar dan perempuan yang benar, dan lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar, dan lelaki yang merendah hati dan perempuan yang merendah hati, dan lelaki yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah, dan lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan perempuan yang menjaga, dan lelaki yang mengingat Allah dengan banyak dan perempuan yang mengingat - bagi mereka, Allah menyediakan keampunan dan upah yang besar.

50:6. Apa, tidakkah mereka memerhatikan pada langit yang di atas mereka, bagaimana Kami membinanya, dan menampakkannya indah, dan ia tidak ada keretakan?

66:12. Dan Mariam, puteri Imran, yang menjaga kemaluannya, maka Kami menghembuskan ke dalamnya daripada Roh Kami, dan dia mengesahkan Kata-Kata Pemeliharanya dan Kitab-Kitab-Nya, dan menjadi antara orang-orang yang patuh.

70:29. Dan menjaga kemaluan mereka,



Bahagian Aib :

Bahagian aib atau aib diterjemah daripada perkataan saw'ah di dalam al-Qur’an:

5:31. Kemudian Allah mengirimkan seekor burung gagak, dengan mencakar-cakar di atas bumi, untuk memperlihatkan kepada dia bagaimana dia akan menyembunyikan mayat saudaranya yang mengaibkan. Dia berkata, "Celakalah aku! Tidakkah aku mampu untuk menjadi seperti burung gagak ini, untuk aku menyembunyikan mayat saudaraku yang mengaibkan?" Dan dia menjadi antara orang-orang yang menyesal.

7:20. Kemudian syaitan membisikkan kepada mereka, untuk menampakkan kepada mereka apa yang disembunyikan daripada mereka, bahagian-bahagian aib mereka. Berkata, "Pemelihara kamu melarang kamu daripada pokok ini hanya supaya kamu menjadi malaikat-malaikat, atau kamu menjadi makhluk-makhluk yang hidup berkekalan."

7:22. Maka ia membujuk mereka dengan tipuan; dan apabila mereka merasakan pokok itu, bahagian-bahagian aib mereka menjadi nyata kepada mereka, lalu mereka mulai menjahit pada mereka daun-daun Taman. Dan Pemelihara mereka memanggil mereka, "Tidakkah Aku telah melarang kamu berdua daripada pokok ini, dan berkata kepada kamu, 'Sesungguhnya syaitan bagi kamu adalah musuh yang nyata'?"

7:26. Wahai Bani Adam, Kami telah menurunkan kepada kamu suatu pakaian untuk menutupi bahagian-bahagian aib kamu, dan (pakaian) perhiasan, dan pakaian takwa - itu lebih baik; itulah satu daripada ayat-ayat Allah, supaya mereka mengingati.

7:27. Wahai Bani Adam, janganlah syaitan menggoda kamu sebagaimana ia mengeluarkan ibu bapa kamu dari Taman, dengan melucutkan daripada mereka pakaian mereka, untuk memperlihatkan kepada mereka bahagian-bahagian aib mereka. Sesungguhnya ia melihat kamu, ia dan sukunya, dari mana kamu tidak melihat mereka. Kami membuatkan syaitan-syaitan wali-wali bagi orang-orang yang tidak mempercayai.

20:121. Maka kedua mereka memakan daripadanya, dan bahagian-bahagian aib mereka menjadi nyata bagi mereka, dan mereka mulai menjahit pada mereka daun-daun Taman. Dan Adam mengingkari Pemeliharanya, lalu bersalahlah dia.

Wednesday, August 26, 2009

Patuh Tanpa Ragu

Gambaran keteguhan iman para salafus solehah. Mereka menutup aurat atas dorongan iman, bukan untuk bercantik-cantik teapi kerana taat dan patuh tanpa ragu, tanpa soal dan tanpa bertangguh untuk melaksanakan perintah Allah, mereka mendengar dengan taat.

Firman-Nya :

" Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, apabila mereka dipanggil Allah dan rasul-Nya agar Rasul menghukum (mengadili) diantara mereka ialah ucapan: " Kami mendengar dan kami patuh." Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepadanya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapatkan kemenangan". (An-Nur:51-52)

Berbeza sungguh dengan sikap hidup umat islam akhir zaman. Apabila berhadapan dengan perintah Allah, umat akhir zaman sering mengambil kira dan memikirkan apa orang lain hendak kata. Mereka sibuk mencari alasan dan pilihan alternatif untuk mengecualikan diri daripada mengamalkan perintah-Nya dengan sempurna.

Ia menjerumskan pada lembah kesesatan bagaiman firman Allah :

" Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak pula bagi wanita beriman itu, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan sesipa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. ( Al-Ahzab:36)

Justera dapat difahami bahawa penampilan diri dalam menutup aurat sebenarnya ada kaitan dengan mutu keimanan seseorang. Jika tidak ada kaitan, mengapa Sayidatina Aishah r.ha menegur wanita-wanita dari Bani Tamim yang datang menziarahi dengan pakaian nipis. Beliau berkata, " Jikalau kamu orang mukmin, maka bukan begini pakaiannya orang -orang perempuan mukmin itu." (Riwayat Thabrani dan lain-lain)

Apabila takbir perlindungan Allah telah robek, manakan ada perlindungan yang lain selain Allah SWT. Jika telah berlaku demikian, bersedialah untuk menerima bahana yang tidak tertanggung beratnya sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Kewajipan Menegah Kemugkaran

Menjadi kewajipan semua di dalam menegah kemungkaran tersebut. Membuka aurat satu kemugkaran. Wajib ke atas semua sama-sama membendung gejala negatif tersebut dari tersebar lebih meluas tanpa batasannya.

Dari peringkat kekeluargaan, seorang ayah wajib menegah anaknya. Seorang abang wajib menegur adiknya. seorang pemimpin wajib menegah rakyatnya. Dan semua umat Islam wajib menegur sesama umat islam di dalam membendung kemungkaran ini, mengikut kadar dan keupayaan tersendiri.

Azab Membuka Aurat

Membuka aurat bererti meninggalkan salah satu kewajipan. Azab yang amat pedih bagi mereka yang meniggalkan kewajipan.

Seorang lelaki yang berseluar pendek ketika bersukan, setiap mata yang memandang kepadanya berdosa, dan dosanya yang mendedahkan aurat sama sebanyak mana pasangan mata yang memandang kepadanya.

Begitu juga,perempuan yang mendedahkan kepalanya, setiap aurat rambut yang diperlihatkan akan diazabkan oleh Allah kelak.

Hukum Melihat Aurat

Haram bagi seseorang melihat kepada aurat orang lain sekalipun sesama jenis, seperti melihat seorang lelaki kepada aurat seorang lelaki dan perempuan melihat aurat perempuan. Lebih berat lagi jika memandang kepada aurat yang berlainan jenis seperti seorang lelaki melihat kepada aurat perempuan dan sebaliknya. Semua aurat haram dilihat sekalipun seurat rambut perempuan yang telah tercabut dari tuannya. Apatah lagi melihat kepada artis perempuan masa kini.

Dimaafkan jika terlihat sekali pandang sahaja, tanpa memakukan pandangan ke tempa haram tersebut atau mengikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua.

Namun jika melihat kepada aurat sendiri ia makruhkan, samada seorang lelaki ataupun perempuan. Makruh juga membuka aurat di tempat yang sunyi dari pandagan manusia seperti di dalam bilik secara bersendirian.

Jika terpaksa, seperti perubatan, harus bagi seorang ahli perubatan sesama jenis dengan pesakit melihat kepada aurat pesakit tersebut, tanpa ada mahram yang menemani. Seperti ahli perubatan perempuan melihat kepada aurat pesakit perempuan dan sebaliknya.

Jika ahli perubatan berlainan jenis dengan pesakit, seperti ahli perubatan lelaki dan pesakit perempuan, diwajibkan ada bersama mahram yang menemani dan dengan syarat tiadanya ahli perubatan perempuan di sana. Ketika ini, haruslah melihat kepada aurat pesakit tersebut.

Etika Menutup Aurat

. Berpakaian mengikut garisan syarak, yang mana mesti menutup aurat. Aurat bagi lelaki ialah antara pusat hingga ke lutu. Bagi perempuan ialah seluruh tubuh badannya kecualai muka dan kedua tangan hingga ke pergelangannya. Aurat ini wajib ditutupi dari pandangan penglihatan manusia umum. Haram diperlihat dan haram melihatnya.

. Tidak menyerupai denagn kaum yang engkar kepada Allah. Seperti pakaian ahli gereja, ahli ibadat agama lain atau pakaian yang menjadi simbol kepada ahli kemungkaran, seperti ahli muzik, pelacur,dan sebagainya.

. Pakaian yang dipakai mestilah menutup susuk tubuh badan. Iaitu pakaian yang longgar dengan kesusuaian tubuh badan. Pakaian yang ketat atau sendat, tetap haram sekalipun pada zahir ia telah menutup aurat. Ia adalah kerana susuk tubuh badan merupakan aurat yang perlu dijaga.

. Pakaian yang tidak bercorak, yang ada daya penggamit pandangan.

AURAT DALAM ISLAM DAN BATASANNYA

Untuk menjaga syariat ini pada semua aspeknya,Syariat islam telah mengharamkan zina yang boleh menuju ke kemuncak kerosakan sesuatu kehormatan, sehingga syariat islam telah melarang dan menutup semua punca yang akan mendorong kepada penzinaan dan mjenegah semua perantaraan yang mendorong kearah perbuatan maksiat.
BahagianPertama:Ta'rif Aurat
Bahagian Kedua :Batasan Aurat Lelaki Dan Perempuan
Bahagian Ketiga :Perbincangan Berkenaan Dengan Hukum Bersalaman Diantara Lelaki Dan Perempuan.(Fatwa Dr. Yusuf Al-Qardhawi)
Bahagian Keempat:Perbincangan Berkenaan Hukum Pergaulan Diantara Lelaki Dan Perempuan.
Bahagian Pertama:Ta'rif Aurat
Dari segi bahasa membawa maksud kekurangan, Dari segi istilahnya pula, apa-apa yang wajib ditutupnya dan apa-apa yang haram untuk dilihatnya (anggota badan).
Dalil yang mewajibkan bagi menutup aurat:
(يَابَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلاَ تُسْرِفُوا إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ) (الأعراف: 31).
Maksudnya:( Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid [534], makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan [535]. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.)
Ibnu Abbas mentafsirkan perkataan زِينَتَكُم sebagai pakaian bagi menutup aurat dan dalil tersebut juga digunakan untuk mewajibkan menutup aurat.
Rasulullah (S.A.W) bersabda:
عن عائشة أن النبى (ص) قال :( لا يقبل الله صلاة حائض الا بخمار)
(رواه الخمسة الا النسائي)
Maksudnya:( Tidak diterima sembahyang (seseorang perempuan) itu yang haid akan tetapi (diterima) dengan menutup kepala.)
خمار* = Apa yang digunakan untuk menutupi kepala perempuan.
Dan bersabda lagi Rasullulah (S.A.W):
(يا أسمأ, ان الامرأة اذا بلغت المحيض, لم يصلح أن يرى منها الا هذا وهذا, وأشار الى وجهه وكفيه)
Maksudnya:( Wahai Asma' Sesungguhnya apabila seseorang perempuan telah baligh, Tidak boleh diperlihatkan ini dan ini. Sambil mengisyaratkan kearah muka dan tapak tangan.)
Dan sememangnya telah bersepakat ulama' wajib menutup aurat bagi wanita secara mutlak.didalam sembahyang dan selainnya.
Syarat –Syarat bagi menutup aurat:
1.Wajib menutup aurat dengan menggunakan kain yang tebal (tidak terlalu nipis): Maka wajib menutup dengan menggunakan kain yang berwarna jelas (tidak warna yang seolah-olah menampakkan tubuh atau warna kulit).
Mazhab Syafie berpendapat:
2.Syafieyyah dan Hanabalah mensyaratkan: Pakaian yang menutup aurat itu perlulah secara menyeluruh (tidak ada lubang-lubang atau yang sebagainya). Dan ini bermakna tidak memadai hanya dengan berkain tebal dan berwarna jelas.
3.Dan perlu juga menutup pada bahagian sisinya (disebalah kanan dan kiri).
Bahagian Kedua:Batasan Aurat
Lelaki: Bermula dari pusat hingga ke lutut.
Ini berdalilkan hadis :
حديث الدارقطني وأحمد وأبي داود عن عمرو بن شعيب عن ابيه عن جده قال:(ما دون سرته حتى يجاوز ركبته)
Maksudnya: (Diantara benda (aurat) yang tidak boleh (dilihat) ialah dari pusat sehingga lutut.)
Perempuan dan khunsa: Keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tapak tangan termasuk juga rambut.
Ini berdalilkan firman Allah Taala:
(وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوْ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الإِرْبَةِ مِنْ الرِّجَالِ أَوْ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلاَ يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ) (النور: 31).
Maksudnya: (Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung).
Perhiasan yang (biasa) nampak daripadanya iaitu apa yang zahir daripadanya (muka dan kedua tapak tangan).
Keseluruhan ulama bersepakat suara wanita bukanlah aurat, Ini berdasarkan tindakan para sahabat sendiri mendengar perkara yang berkaitan dengan agama daripada para isteri Rasullulah (S.A.W). Akan tetapi haram mendengar suara wanita yang dilenggok-lenggokkan atau dilembutkan dengan tujuan untuk menggoda yang boleh membangkitkan nafsu, walaupun suara bacaan Al-Quran. Kerana dibimbangi akan berlakunya fitnah.
Bahagian Ketiga :Perbincangan Berkenaan Dengan Hukum Bersalamn Diantara Lelaki Dan Perempuan.
Sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi, permasalahan hukum berjabat tangan diantara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim merupakan masalah yang amat penting dan untuk memutuskan hukumnya bukan semudah yang disangka. Ianya memerlukan kesungguhan dan pemikiran yang tidak dipengaruhi oleh anasir-anasir luaran yang akan menjerumus kepada mengikut hawa nafsu semata-mata.
Sebelum kita mendiskusikan permasalahan ini, Sayugianya saya mengeluarkan dua permasalahan yang diperbincangkan oleh para Fuqaha'.
Pertama:Diharamkan berjabat tangan dengan wanita apabila disertai dengan syahwat dan taladzzud (bersedap-sedap) dari salah satu pihak, lelaki atau wanita (kalau keduanya dengan syahwat sudah semestinya lebih terlarang lagi) atau kemungkinan akan berlakunya fitnah (dengan bersalaman tersebut).
Berdalilkan sabda Rasulullah (S.A.W):
عن أميمة بنت رقيقة, قال (ص) (انى لا أصافح النسأ) - رواه الموطأ والترمزي والنسائى
Maksudnya:Dari Umaimah binti Raqiqah, bersabda Rasulullah (S.A.W) (Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita)
Kedua:Dibolehkan berjabat tangan dengan wanita tua yang sudah tidak punya ghairah terhadap lelaki, samalah hukumnya terhadap kanak-kanak yang belum mempunyai syahwat terhadap lelaki, kerana berjabat tangan dengan mereka itu aman dari sebab-sebab fitnah. Begitu juga bila lelaki sudah tua dan tidak punya ghairah terhadap wanita.
Hal ini berdasarkanpada riwayat dari Abu Bakar r.a bahawa beliau pernah berjabat tangan beberapa orang wanita tua. Dan Abdullah bi Zubair mengambil pembantu wanita tua untuk merawatnya, adakalanya wanita tua itu mengusapnya dengan tangannya dan membersihkan kepalanya.
Dan ini juga berdasarkan dalil daripada firman Allah Subhanahuwataala:
(وَالْقَوَاعِدُ مِنْ النِّسَاءِ اللاَّتِي لاَ يَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ وَأَنْ يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَهُنَّ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيم)ٌ (النور: 60).
Maksudnya: Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kahwin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian (Maksudnya: pakaian luar yang kalau dibuka tidak menampakkan aurat) mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Bijaksana.
Bahagian Keempat:Perbincangan Berkenaan Hukum Pergaulan Diantara Lelaki Dan Perempuan.
Pergaulan diantara lelaki dan perempuan (ikhtilat) merupakan suatu ciri pergaulan masyarakat jahiliyah dimana ia juga berasaskan kepada nilai-nilai dan sistem hidup jahiliyah. Ia merupakan bentuk pergaulan yang telah ditolak oleh islam semenjak kedatangan Rasulullah saw yang membawa sisitem dan nilai hidup yang dipandu al_Quran dan as-Sunnah.
Ikhtilat Menurut Hukum Islam
Secara teorinya Islam yang dibina di atas asas aqidah dan keimanan yang mutlak kepada Allah bertujuan untuk menonjolkan ciri-ciri kemanusiaan dan meninggikan darjat kemanusiaan itu di atas segala darjat yang lain, oleh itu pada praktiknya ia tidak dapat menerima sebarang bentuk pergaulan yang diasaskan di atas ciri-ciri kebinatangan di dalam proses pembentukan dan existensi (wujudiah) masyarakatnya. Ini selaras pula dengan kejadian manusia sebagai makhluk yang baik.
Firman Allah:
والتين والزيتون (1) وطور سينين (2) وهذا البلد الآمين (3) لقد خلقنا الآنسان في أحسن تقويم (4)
Maksudnya: “Demi buah tin dan zaitun dan gunung Tur Sina serta negeri Mekah yang aman ini. Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.”
Tegasnya Islam bertujuan melahirkan suatu keperibadian dan generasi manusia yang menepati ciri-ciri kejadiannya yang sangat tinggi supaya ia dapat memenuhi kembali tugasnya sebagai hamba yang mengabdikan diri kepada Allah semata-mata, menerima arahanNya semata-mata, begitu juga tunduk dan patuh kepadaNya semata-mata, dan sebagai pemimpin kepada ummat manusia seluruhnya.
Ikhtilat pada prinsipnya dijelmakan dalam bentuk hubungan bebas antara lelaki dan perempuan yang ajnabi, ia boleh berlaku samada di tempat sunyi atau di tempat yang terbuka. Kesan dari perhubungan semacam ini membuka ruang kepada berlakunya perzinaan di dalam masyarakat.
Sabda rasulullah saw:-
Maksudnya: “Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang ketiganya.”
Syariat Islam mengharamkan kepada lelaki melihat kepada wanita lain yang bukan muhrim. Seorang lelaki tidak diperbolehkan memandang kepada orang perempuan selain kepada isterinya dan wanita-wanita muhrimnya.
Firman Allah:-
قل للمؤمنين يغضوا من أبصارهم، ويحفظوا فروجهم… وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن، ويحفظن فروجهن… ( النور؛ 31 )
Maksudnya: “Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari oarang-orang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka…dan katakanlah kepada orang perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka.”
Sabda Rasulullah saw :
(يا علي لا تتبع النظرة النظرة فانمالك الأواي وليست لك الآخرة)
Maksudnya: “Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (dosa ke atasmu).”
Tersebut dalam kitab al-Majmuk “Bahawa apabila seorang lelaki ingin melihat kepada perempuan yang ajnabiah tanpa sebab yang syar’ie, maka haram baginya yang demikian itu. Haram baginya melihat samada aurat perempuan itu ataupun selain auratnya… dan haram juga kepada perempuan melihat kepada lelaki yang ajnabi samada kepada auratnya atau selain auratnya tanpa sebarang sebab yang syar’ei… maksud dari penegahan ini keatas golongan lelaki adalah untuk mengelakkan mereka daripada godaan syaitan (الافتتان) dan godaan ini juga berlaku ke atas golongan perempuan lantaran golongan perempuan itu terlebih segera menerima godaan kerana sifat syahwatnya yang terlebih kuat, maka haram keatasnya penglihatan itu”.
2.4 Oleh kerana menahan pandangan mustahil dapat dilakukan dalam bentuk pergaulan yang bebas (bercampur lelaki dan perempuan) maka sayugialah Islam bertindak mengharamkannya, dan Islam menetapkannya kepada setiap lelaki dan perempuan yang ingin bermuamalat bahawa ia mestilah mengadakan sekatan yang menghalang penglihatan di antara keduanya. Firman Allah:-
واذا سألتموهن متاعا فاسألوهن من وراء حجاب (اللأحزاب)
Maksudnya: “Apabila kamu minta dari perempuan akan sesuatu seperti alat-alat yang digunakan di dalam rumah, baldi atau pinggan atau belajar ilmu atau minta sesuatu fatwa maka hendaklah kamu minta itu dari balik tabir iaitu dari belakang tabir iaitu dari suatu sekatan di antara kamu dengan perempuan itu.”
Al-Imam Qurtubi di dalam mentafsirkan firman Allah ini berkata: “Pada ayat ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa Allah mengizinkan perempuan mukminah menguruskan permasalahan mereka melalui belakang tabir samada masalah itu merupakan hajat-hajat yang mendatang atau masalah-masalah hukum yang memerlukan fatwa. Termasuk di dalam perintah ini semua golongan wanita, berdasarkan asas-asas syariah yang terkandung di dalam ayat ini bahawa tubuh perempuan seluruhnya adalah aurat termasuklah badan dan suaranya seperti yang telah dinyatakan. Maka adalah haram mendedahkan aurat tersebut (kepada penglihatan lelaki ajnabi) melainkan kerana keperluan seperti persaksian yang dilakukan keatasnya atau pengubatan pada tubuhnya atau pun soalan-soalan atas apa yang berlaku khusus kepadanya.
Sabda Rasulullah saw:
(لا يخلون رجل بامرأة ولا تسا فرون امرأة الاومعها محرم)
Maksudnya: “Tidak boleh bersunyi seseorang dari kamu dengan perempuan dan tidak boleh bermusafir seorang perempuan melainkan bersamanya muhrim.”
Kecenderungan naluriah antara lelaki dan perempuan adalah kecenderungan yang dalam sekali. Membangkitkan kecenderungan ini pada setiap saat akan menambah geloranya lagi. Pandangan mta merangsang, gerak geri badan merangsang, gelak ketawa merangsang dan gurau senda membangkit hasrat. Jalan yang aman ialah mengurangi hal-hal yang membangkitkan hasrat tersebut, dan itulah jalan yang dipilih oleh Islam. Berasaskan adab-adab yang kukuh ini memastikan berlakunya hubungan yang bersih, mulia dan terpelihara. Firman Allah:-
ذلكم أطهر لقلوبكم وقلوبهن (ألأحزب:53)
1.0 KESIMPULAN DAN PENUTUP
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Almarhum Abdullah Nasih Ulwan bahawa semua nas-nas al_Quran dan nas-nas hadis nabi ini mengharamkan percampuran lelaki dan wanita (ikhtilat) secara pasti, tidak syak lagi dan tidak ada jalan untuk dipertelingkahkan lagi. Seterusnya cara beginilah yang telah dilaksanakan bagi umat Islam pada semua zaman sejarahnya pada abad-abad yang lalu. Oleh itu menjadi kewajipan setiap muslim menegah sebarang kemungkaran ikhtilat yang berlaku.
"ربنا لا تزغ قلوبنا بعد أذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة انك انت الوهاب”
RUJUKAN
Nor Mohd Firdauz Mustafa
Syariah Wal Qanun
Universiti Al-Azhar.
1.Sila rujuk Ma'alim Fi Tariq
2 Surah At Tin: 1, 2, 3 & 4
3. Hadis Riwayat Turmu
4. Surah An Nur: 31
5. Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Turmizi
6. Kitab Majmuk Syarah Muhazzab, hal. 215/17
7. Surah Al Ahzab:53. Oleh Fatwa Mufti Brunei, fatwa berturut-turut bil.66 , hal .16 tahun 1988
8. Hadis Riwayat Imam Bukhari.
9. Syed Qutb, Tafsir Fi Zilali Al-Qur’an.
10. Abdullah Nasih Ulwan, Pendidikan Anak-anak Dalam Islam.

SUARA JADI AURAT JIKA MENYANYI

Pada prinsipnya suara wanita tidak dikira aurat. Suara suatu alat komunikasi utama yang dianugerahkan Allah kepada manusia, termasuk wanita.
Sekiranya suara wanita itu dikira sebagai aurat, maka kita seolah-olah meletakkan kesusahan kepada wanita sedangkan prinsip agama Islam itu ialah mudah (yusrun).
Tanpa suara, bayangkan kesusahan (usrun) yang terpaksa dialami wanita untuk berkomunikasi dengan orang lain di rumahnya, di tempat kerja, di pasar dan di bilik darjah, kuliah dan lain-lain seumpamanya. Akan terbantutlah urusan pembelajaran, pengurusan dan pelbagai jenis lagi perhubungan dunia moden sekiranya suara wanita dibatas-bataskan hingga sukar mereka hendak berkomunikasi.
Allah tidak melarang wanita bercakap dengan lelaki selagi tidak menimbulkan fitnah bagi dirinya dan bagi lelaki itu, tetapi tidak boleh melembut-lembutkan suara dengan tujuan menggoda atau melalaikan. – (Al-Ahzab: 33).
Dalam ayat itu, Allah memerintahkan wanita berkata dengan yang makruf. Ini membuktikan suara mereka bukan aurat. Demikianlah pendapat Syeikh Atiyah Saqr, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Universiti Al-Azhar, Mesir dalam koleksi fatwanya “Soal Jawab Wanita Islam.” – (Yadim Kuala Lumpur, 1997).
Pada zaman dulu ramai kaum wanita di kalangan sahabat yang datang menemui Rasulullah untuk bertanya dan berdialog bersama baginda. Mereka menanyakan pelbagai perkara, termasuk hukum dan didengar oleh kalangan sahabat lelaki. Mereka tidak dilarang bersuara ketika itu.
Syeikh Atiyah juga memetik beberapa pendapat ulama terdahulu mengenai perkara ini. Al-Qurtubi berkata, suara wanita ketika berkata-kata bukanlah termasuk aurat, kecuali ketika dia menyanyi, maka pada saat itu suaranya aurat.
Lelaki dibolehkan bercakap atau berdialog dengan pegawainya (wanita) dengan suatu hajat yang perlu, tetapi wanita tidak boleh memerdukan atau melembut-lembutkan suaranya pada saat bercakap dengan lelaki kerana ia boleh menimbulkan berahi dan fitnah.
Imam al-Ghazali juga berkata: “Sesungguhnya suara wanita bukanlah aurat kecuali ketika dia menyanyi - maka pada saat itu suaranya aurat.
Dr Yusof al-Qardhawi dalam Fatwa Muasirah memetik dalil, suara wanita bukan aurat. Katanya, al-Quran sendiri mengandungi ayat yang membenarkan wanita berdialog dengan Nabi Muhammad.
Allah berfirman bermaksud: “Apabila mereka ingin menanyakan sesuatu mereka menanyakannya dari balik tabir.” – (Al-Ahzab:53)
Walaupun begitu, wanita tidak boleh mengeluarkan suara sewenang-wenang; tidak disyariat kepada wanita untuk azan bagi mendirikan sembahyang, kecuali di kalangan mereka sendiri.
Apabila seorang wanita ingin menegur kesalahan yang dilakukan imam dalam sembahyang tidak boleh dengan melafazkan tasbih seperti yang dilakukan oleh lelaki, tetapi memadailah dengan menepuk tangannya saja. Mereka juga tidak boleh membaca nyaring dalam bacaan sembahyang.
Di antara fitnah dalam suara wanita ialah hilai ketawa, suara yang memberahikan, nyanyian yang bertujuan menggoda dan melalaikan. Ia dilarang bagi menjaga martabat wanita.
Sebaliknya, wanita yang ingin mempelajari lagu al-Quran tidaklah dilarang. Imam Nawawi menyebut di dalam kitabnya Riadhus Salihin mengenai galakan belajar lagu al-Quran.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, bermaksud: “Allah tidak senang mendengar sesuatu selain daripada mendengar seseorang yang sedang melagukan bacaan al-Quran dengan suara lantang dan merdu.” - (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Ibnu Abbas juga menyatakan, Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesiapa yang tidak suka berlagu (mengelokkan bacaan) al-Quran maka bukanlah daripada golonganku” – (Riwayat Abu Daud).

Perintah Menutup Aurat

"Dan janganlah mereka memukulkan kaki agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu bertudung". (Surah An-Nur:31)

Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh Allah S.W.T dalam Surah Al-Ahzab ayat 33, yang bermaksud :

"Dan janganlah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu denagn semuanya itu) hanyalah kerana hendak meghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu-wahai "ahlul bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya segala perkara yang keji"

Dalam hal ini Allah S.W.T telah berfirman "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perumpuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai peempuan yang baik-baik) maka denagn itu mereka tidak diganggu dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

AURAT

Menutup aurat satu kewajipan


SAYA ingin memberi sedikit penerangan ringkas berkenaan aurat wanita, kerana
ramai di kalangan wanita sendiri tidak mengetahui hukum menutup aurat yang
sebenarnya walaupun kita sendiri mengakui menutup aurat.

Perintah menutup aurat ini bukanlah rekaan Nabi Muhammad s.a.w atau ulama,
namun ia adalah satu hukum yang bersifat mutlak dari Allah s.w.t. (Surah
an-Nur ayat 31) yang bermaksud:

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan
perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka
menutupkan kain tudung ke dadanya....."

Jumhur ulama bersepakat bahawa wanita wajib menutup auratnya iaitu seluruh
anggota kecuali apa yang zahir nampak darinya (sepertimana makna ayat).

Ulama hanya berselisih pendapat dalam menentukan maksud 'apa yang zahir
nampak daripadanya'. Ibnu Abbas dan jumhur ulama mentafsirkannya sebagai
muka dan tapak tangan, manakala Malik menafsirkannya sebagai pakaian yang
sempit.

Justeru, jelas menunjukkan bahawa kepala dan rambut adalah anggota wanita
atau aurat yang wajib ditutup, kerana ulama dan ahli fiqh langsung tidak
berselisih pendapat mengenainya. Bahagian yang wajib ditutup itu pula
telah dijelaskan oleh Allah bahawa ia mestilah yang "menutupkan kain tudung ke
dadanya...."

Kini terdapat masih ramai di kalangan kita yang tidak menutup aurat dengan
sempurnanya? Ada di kalangan kita yang hanya menutup rambut semata-mata
dengan membiarkan dada dan leher kita terdedah. Kita menutup aurat bukan
kerana tren atau glamour, tetapi ia adalah arahan Allah.

Saya juga ingin menjelaskan kekeliruan mengenai paksaan dalam agama.
Tafsir Al-Quran Al-'Azim karangan Imam Ibnu Kathir menjelaskan jumhur ulama
bersepakat menyatakan ayat 256 surah al-Baqarah ditujukan kepada orang yang
bukan Islam, bahawa tiada paksaan untuk mereka masuk Islam.

Ayat itu tidak merujuk kepada orang Islam. Kita perlu faham bahawa
seseorang itu perlu dan wajib patuh atas apa yang telah digariskan oleh Islam
setelah ia mengucap dua kalimah syahadah yakni apabila ia bergelar Muslim.

Justeru, tiada alasan untuk kita mengelak daripada meninggalkan larangan-Nya
atau meninggalkan segala perintah-Nya. Hakikat inilah yang dinilai oleh
Allah s.w.t untuk membezakan keimanan seseorang dengan seseorang yang lain.

Oleh itu, kita dapat simpulkan bahawa unsur paksaan ini perlu kepada
Muslim dalam perkara hukum-hakam agama khususnya merujuk kepada menutup aurat
ini.
Jika kita enggan maka balasannya adalah ditanggung oleh diri sendiri.
Sebab itulah Allah s.w.t. tidak menetapkan hukuman yang tetap kepada mereka yang tidak menutup aurat.

Buat wanita yang merasakan dirinya tidak ikhlas memakai tudung selama ini,
jangan kita mengambil sikap untuk terus meninggalkannya. Keikhlasan yang
sebenar harus dipupuk sedikit demi sedikit.

Apa yang penting adalah jihad hati kita untuk memerangi segala hasutan
hawa nafsu dan syaitan. Kita perlu meletakkan matlamat untuk berusaha terus
menutup aurat sebagai salah satu tanda mentaati Allah.

Pokok pangkalnya adalah rasa kehambaan kita kepada Allah s.w.t. Jika sudah
ada rasa hamba dalam diri kita tidak akan mencipta pelbagai alasan untuk
mengelak dari melakukan suruhan Tuhan dalam kehidupan.

Hukum hakam agama adalah perkara yang tidak boleh dijadikan bahan gurau
senda apatah lagi untuk mengingkarinya. Perkara ini hanya cabang kecil
daripada Islam, tetapi memberikan kesan yang besar kepada pembinaan
peribadi, masyarakat, agama dan negara.

RUJUKAN:
Husna Husain,
Biro Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI),
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM),
Kuala Lumpur.

Bahagian Aurat

Aurat di khayalak awam

Aurat perempuan di khalayak ramai ialah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan. Namun jika wajah yang dimilikinya sangat cantik, sehinggakan menimbulkan fitnah, wajib ditutup wajahnya.

Aurat dengan ahli keluarga
Aurat perempuan, antara pusat dan lutut

Aurat sesama jenis (dengan syarat tiada fitnah)
Aurat perempuan dengan perempuan, antara pusat dan lutut. Tetapi jika menimbulkan fitnah wajib ditutup seluruh tubuh badan.

Aurat ketika khalwat di dalam bilik (sunyi dari pandangan)
Aurat perempuan, antara pusat dan lutut

Kesilapan Kerap Wanita Tentang Aurat

Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?.Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA
-Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA
-Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT
-Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA
-Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM
-Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH
-Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN
-Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja.

Ia adalah tidak tepat sama sekali.Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

(Rujukan: http://salwa86.blogspot.com)

Kenapa Kita Mesti menutup Aurat

Pertama: Aurat itu menjijikkan mata

Ya, memang benar aurat itu menjijikkan pandangan mata sesiapa sahaja yang melihatnya. Apatah lagi seorang lelaki yang berada di sebuah pasar, dan tiada seorang wanita pun yang sempurna auratnya ditutup di pasar tersebut. Bukankah ia menyusahkan lelaki tersebut untuk tidak melihat kepada anggota-anggota yang jijik tersebut? Apabila dipalingkan ke kiri, ternampak pula perempuan yang berada di kirinya. Hendak tundukkan melihat lantai, wanita di hadapan memakai skirt pula. Sangat menyusahkan orang! Ke mana lagi hendak dilihat? Hendak dipejamkan mata? Sudah berhempas pulas sang lelaki mengalih pandangannya ke sana sini, tetapi wanita-wanita yang tidak sempurna auratnya ditutup masih buat-buat tidak faham. Difikirkan auratnya yang menjijikkan itu menarik, tetapi meloyakan! Bahkan menggelikan!

Kedua: Aurat itu perlu disembunyikan

Selain itu, aurat adalah anggota yang perlu disembunyikan, kerana ia adalah maruah. Sekiranya semua wanita memikirkan maruahnya, sudah pasti semua wanita di dunia ini menutup aurat mereka. Apa yang terjadi, mereka yang mendedahkan aurat ini telah menjaja maruah mereka untuk diperagakan di hadapan lelaki-lelaki. Mungkin hendak menarik perhatian lelaki-lelaki, tetapi, kenapa perlu menarik perhatian lelaki? Tiada sebab bukan?Cukup sekadar aurat mereka dilihat, sudah menjatuhkan maruahnya! Tidak perlu menanti dizinai untuk dikatakan sebagai jatuh maruah. Tidak malukah apabila anggota sulit kita dilihat orang? Adakah anggota sulit hanya diukur dengan kemaluan sahaja? Tidak! Semua anggota yang dikatakan aurat dikatakan sulit. Mana mungkin sebuah kerajaan dengan sengaja mendedahkan rahsia sulit mereka kepada kerajaan yang lain.

Ketiga: Aurat itu pintu kepada zina!

Dengan menjaja aurat dan maruah di pasar-pasar, dan jalanan, ia boleh membawa kepada zina. Begitu juga rogol. Adakah rogol itu hanya disalahkan kepada lelaki sahaja? Kaum wanita adalah kaum paling kejam sekali apabila mereka mendedahkan aurat mereka untuk dihidangkan kepada kaum lelaki, tetapi apabila dirogol, kaum lelaki juga yang dikenakan hukuman. Timbul juga persoalan, “Perempuan bertudung pun kena juga”. Biasanya yang lontarkan soalan ini adalah orang yang tidak bertudung! Sengaja mencari alasan untuk menghalalkan aurat mereka. Hakikatnya sekiranya mereka mengetahui perempuan bertudung pun turut menjadi mangsa, sepatutnya mereka lebih memakai tudung.Perempuan bertudung pun kena, apatah lagi tidak. Mungkin boleh dilihat dari pelbagai aspek. Aurat bukan hanya dengan bertudung. Sekiranya tudung dipakai hanya separas atas dada, kemudian mengenakan baju dan seluar ketat, sama sahaja. Itu juga masih dikatakan membuka aurat. Takkanlah menutup aurat sebahagian, dan sebahagian lagi dibuka? Sama sahaja, aurat juga. Dari aspek lain, ingatlah, sekiranya perempuan yang menutup aurat pun menjadi mangsa, maka perhatikanlah. Mereka menjadi mangsa disebabkan perempuan-perempuan lain yang tidak menutup aurat. Perempuan lain yang sengaja mendedahkan aurat mereka menyebabkan perempuan yang suci menjadi mangsa. Lihatlah betapa besarnya dosa tidak menutup aurat, orang lain menjadi mangsa disebabkan kita!

(Rujukan:http://infokpt.com)

Wajar Menutup Aurat Walaupun Di Dalam Gelap

Aspek pemakaian adalah perkara penting dalam membentuk keperibadian seseorang. Hari ini, umat Islam diperlihatkan dengan pelbagai bentuk fesyen pakaian yang menampakkan sebahagian tubuh. Oleh itu, kedatangan nur Islam sebagai agama suci yang sifatnya sebagai penjamin keselamatan dan kesejahteraan manusia di dunia dan akhirat menggariskan beberapa adab berpakaian. Ia bagi memelihara kesucian diri dan membentuk peribadi Muslim sejati.

Antara adab itu ialah :-

- Disunatkan dimulakan dengan membaca Bismillah apabila hendak memakai pakaian. Hal ini kerana memang disunatkan membaca Bismillah dalam setiap pekerjaan. - Berniat untuk menjunjung perintah Allah iaitu menutup aurat, bukan dengan tujuan bermegah dengan pakaian itu. Ia juga bukan maksud untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.Firman Allah bermaksud: “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu (bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan, dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah daripada tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).” (Surah al-A'raaf: 26)

- Berdoa ketika mengenakan pakaian. Hal ini seperti sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan Ibnu Sunni bermaksud: “Daripada Said Al-Khudri bahawas Nabi apabila memakai baju, baju luar atau serban, Baginda berdoa: Ya Allah, aku memohon kepada-Mu daripada kebaikannya dan kebaikan yang ada padanya, dan aku berlindung dengan-Mu daripada keburukannya dan keburukan yang ada padanya.“Di samping itu, Rasulullah berdoa ketika memakai pakaian baru berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi daripada Ibn Umar, katanya: “Aku mendengar Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang memakai pakaian baru hendaklah dia berdoa: “Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku dengan pakaian yang boleh menutup auratku, dan ia membuat aku indah dalam hidupku”.“Baginda kemudian mengambil pakaian lama dan menyedekahkannya. Nescaya ia berada dalam pemeliharaan Allah dan di jalan Allah ketika hidup dan selepas mati.”- Memakai pakaian biasa dan sederhana, tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah.

- Memastikan pakaian itu sentiasa bersih supaya sah dipakai untuk beribadah kerana orang beriman hendaklah sentiasa bersih badan dan pakaiannya. Firman Allah bermaksud: “Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.” (Surah Muddasir:4)

- Menjauhi pakaian ketat dan jarang (nipis) bagi lelaki dan wanita dan berusaha mendapatkan pakaian yang dapat menutup tubuh dan selesa ketika memakainya.

- Menghindari berhias-hias dan tidak mendedahkan aurat yang wajib ditutup.Ada beberapa hadis yang memperkatakan aspek pemakaian yang digariskan oleh Rasulullah sebagai prinsip asas pemakaian sopan bagi umat Islam. Antara hadis itu adalah lelaki tidak boleh memakai pakaian yang menyerupai wanita dan sebaliknya. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, daripada Abi Hurairah, katanya, Rasulullah bersabda bermaksud: “Allah mengutuk lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki.”Hadis lain menyebutkan bahawa haram bagi kaum lelaki memakai pakaian yang dibuat daripada sutera. Diriwayatkan oleh at-Tirmizi daripada Abu Musa bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: “Haram pakaian sutera dan emas atas kaum lelaki dari kalangan umatku, dan dihalalkan bagi kaum wanita mereka."Disebutkan juga pakaian yang baik adalah yang mempunyai lengan baju sampai ke pergelangan tangan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi dan Abu Daud daripada Asma' Biniti Yazid, katanya: “Lengan baju Rasulullah hingga ke pergelangan tangan.”Syarak turut mendefinisikan bahawa aurat adalah sesuatu yang wajib disembunyikan dan haram dilihat.

-Menurut pendapat jumhur ulama, disyaratkan menutup aurat sekiranya terdaya, sekalipun ketika bersendirian dalam gelap. Menurut pendapat Imam Hanafi, wajib menutup aurat ketika berada di khalayak ramai, begitu juga ketika berseorangan. Sabda Rasulullah bermaksud: “Wahai Asma', perempuan apabila meningkat umur haid (umur baligh), tidak boleh dilihat padanya kecuali ini dan ini.” (Baginda pun menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangannya)

-Menurut ijmak ulama, wajib menutup aurat dalam semua keadaan sama ada waktu sembahyang atau tidak. Secara keseluruhannya empat mazhab utama dalam fiqh Islam iaitu Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali menetapkan bahawa aurat bagi lelaki adalah antara pusat dan lutut.Bagi wanita keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan berdasarkan nas yang kuat daripada al-Quran dan sunnah. Ada banyak nas yang menyatakan kewajipan menutup aurat antara hadis riwayat Bahzu Bin Hakim daripada datuknya yang bermaksud : “Aku berkata, wahai Rasulullah, aurat apakah boleh kita dedahkannya dan apakah ditegah? Sabda Baginda: “Peliharalah aurat kamu melainkan daripada isteri dan hamba milikmu. Kataku, sekiranya ramai orang?” Sabda Baginda: “Jika terdaya mengelak daripada dilihat oleh sesiapa pun, maka jangan dibiarkan dilihat.”Kataku: “Jika salah seorang daripada kami berseorangan? Baginda bersabda: “Maka Allah lebih utama untuk malu kepadanya.”Menutup aurat bagi lelaki tidak wajib dari pandangan sendiri, tetapi makruh melihat auratnya, apatah lagi bagi pandangan orang lain.

(Rujukan:http://www.al-munir.edu.my/)

Tuesday, August 25, 2009

Pakaian Wanita Dalam Islam

Dalam perbicaraan soal pakaian wanita, Islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita Islam perlu mengikuti panduan syarak seperti berikut:

· Pakaian itu hendaklah menutup aurat
· Pakaian itu hendaklah lonngar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan
· Pakaian yang diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan
· Pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya
· Pakaian tidak berebntuk perhiasan yang boleh menarik perhatian orang yang melihatnya
· Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.

"Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan: maksudnya:Rasulullah S.A.W telah melaknat orang-orang lelaki yang berpakaian perempuan dan perempuan berpakaian lelaki."


· Pakaian bukan melambangkan kemegahan dan bukan untuk berhias-hias atau ditambah dengan haruman yang semerbak.

Abu Musa Al-Asy'ari telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi dan kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau dipakainya, maka dia dikira berzina."

· Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.

Aurat Wanita

Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi wanita terdapat perbezaan dalam keadaan antaranya:

1) Aurat ketika sembahyang
Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

2) Aurat ketika bersendirian
Aurat wanita ketika bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini beerti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat adalah antara pusat dan lutut.

3) Aurat ketika bersama mahram
Pada asasnya aurat seorang wanita dan mahramnya adalah pusat dan lutut. Pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan digalakkan semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh. (adat menjadi hukum)

4) Aurat ketika di hadapan lelaki bukan mahram
Seluruh anggota badannya kecuali muka dan tapak tangan

5) Aurat ketika di hadapan wanita kafir
Rasulullah S.A.W bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: Abdullah Bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: "Tidak halal kaum wanita islam itu di lihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".

6) Aurat ketika bersama suami
Apabila seorang isteri bersam-sama suaminya di tempat yang terlindung daripada pandangan orang lain, maka islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya. Suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannya bila berhadapan dengan suaminya.

Aurat Kaum Wanita

1) Bulu kening
Menurut Bukhari "Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) "Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

2) Kaki (tumit kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan "An-Nur: 31
a) Menampakkan kaki
b) Menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki

3) Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melawati satu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata dan zina "Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban

4) Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada mereka " An-Nur: 31

5) Muka dan leher Text Color
"Dan janganlah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan kamu seperti orang jahiliah dahulu"

6) Muka dan tangan
"Asma binte Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Rasulullah bersanda: Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidhtidak boleh baginya menzahirkan

7) Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi

8) Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya" An-Nur: 31
Jangan sampai pandangan yang satu mengikut pandangan yang lainnya. Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama, ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan "Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi

9) Mulut (suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga keinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik" Al-Ahzab:32

10) Kemaluan
"Dan katakanlah pada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina)" An-Nur: 31
"Apabila perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta'ati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya "Riwayat Al Bazzar

11) Pakaian Text Color
"Barasiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberi pakaian kehinaan di hari akhirat nanti "Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah
"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka aialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi terlanjang dan condong kepada maksiat dan menarik orang lain melakukan maksiat. Contohnya mereka tidak akan masuk syurgs dan tidak akan mencium baunya "Riwayat Bukhari dan Muslim:
a) Berpakaian nipis / jarang
b) Berpakaian ketat / membentuk
c) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu

12) Rambut
"Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya"

Syarat-Syarat Bagi Menutup Aurat

1) Wajib menutup Aurat menggunakan kain yang tebal(tidak terlalu nipis). Maka wajib menutup dengan menggunakan kain yang berwarna jelas (tidak warna yang seolah-olah menampakkan tubuh atau warna kulit).

2) Syafieyyah dan Hanabalah mensyaratkan: Pakaian yang menutup Aurat itu perlulah secara menyeluruh (tidak ada lubang-lubang atau yang sebagainya). Dan itu bermakna tidak memadai dengan berkain tebal dan berwarna jelas.

3) Dan perlu juga menutup pada bahagian sisinya (disebelah kanan dan kiri)

Saturday, August 15, 2009

Pakaian Muslimah

Friday, August 14, 2009

Keuntungan Menutup Aurat

Selain perintah menutup Aurat, ayat al-Azhab:59 turut menyatakan hikmah mengapa didatangkan hukum. Iaitu untuk memelihara maruah wanita dan menjadi perisai menyelamatkan mereka daripada ganguan manusia. Sebabnya ialah dengan berpakaian menutup Aurat yang sempurna, wanita akan memperoleh tiga keuntungan, iaitu:-

1. Sebagai penghormatan kepada mereka kerana dikenal sebagai wanita yang mulia dan baik-baik. Justeru kerana itu mereka tidak digangu oleh manusia yang fasik.

2. Kecantikan dan keindahan tubuh mereka yang terlindung daripada mencetuskan keinginan jahat dalam hati orang yang berpenyakit hatinya. Ini menghindari daripada perbuatan jahat berlaku ke atas mereka.

3. Dengan menutup tubuh mereka, wanita mendapat kekuatan dalaman untuk menahan diri sendiri daripada melakukan perbuatan dosa dan maksiat.


(Rujukan: Anis, Julai 2009, Oleh: Roslan Kassim)

Padah Berhias Berlebih-lebihan

Berkenaan dengan berhias ini Allah SWT ada berfirman: "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah."(al-Azhab: 33)

Rasulullah SAW juga ada bersabda: ."Sebaik-baik wanita di kalangan kamu ialah yang memiliki kasih sayang, subur(banyak anak), suka menghiburkan dan siap melayani, apabila mereka bertakwa kepada Allah. Dan seburuk-buruk wanita di kalangan kamu adalah wanita pesolek dan pengkhayal. Mereka itu adalah wanitamunafik, mereka tidak akan masuk syurga kecuali seperti ghurab a'sham (burung gagak berkaki merah yang sangat jarang ditemui)". (Riwayat Baihaqi)

Akibat daripada berlebihan berhias dan bercantik ini dalam berpakaian menutup Aurat padahnya kembali kepada yang empunya diri. Antaranya:

1. Terbuka tabir perlindungan Allah. Setelah terbuka Aurat, maka tiada lagi perisai keselamatan yang menghindari ganguan kejahatan orang fasik. Sama ada diri sendiri menjadi mangsa atau wanita lain akibat terangsang keinginan jahat lelaki ynag ada penyakit di dalam hati.

2. Kehilangan kekuatan di dalam diri untuk menahan diri daripada melakukan dosa dan maksiat serta perkara yang tidak senonoh. Kekuatan ini diperolehi setelah menutup Aurat dengan sempurna dan menjaga pergaulan.

3. Menjadi sebab dilaknat, dikutuk dan dimurkai oleh Allah dan Rasul di dunia dan di akhirat. Apabila dilaknat maka terhalang daripada menerima petunjuk dan rahmat serta belas kasih-Nya. Rasulullah SAW bersabda:"Akan ada pada akhir umatku nanti wanita-wanita yang berpakaian tapi terlanjang, kepala mereka bagai puntak unta, laknatlah mereka kerana mereka adalah wanita-wanita yang pantas dilaknat."
Di dalam hadis ysng lain, dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Allah melaknati para wanita yang memiliki tatu, dan para wanita yang membuang bulu wajahnya dan meminta dibuangkan bulu wajahnya ; para wanita yang menjarangkan giginya supaya mnjadi cantik dan yang mengubah ciptaan Allah." (Riwayat Bukari dan Muslim)

4. Kemuncak daripada semua ini akan berakhir dengan dijunamkan ke dalam seksa api neraka di akhirat nanti. Nabi SAW ada mengingatkan: " Tiga golongan tidak masuk syurga selama-lamanya; lelaki dayus, perempuan yang menyerupai lelaki dan penggemar arak." (Riwayt at-Tabrani)


(Rujukan: Anis, Julai 2009, Oleh: Roslan Kassim)

Ajaran Iblis Melalui Aurat

Sebenarnya dalang di belakang ajakan kepada buka-bukaan dan penelanjangan aurat manusia adalah IBLIS yang terkutuk. Tidak sewajarnya dilupakan peristiwa Nabi Adam dan Siti Hawa terlucut pakaian mereka angkara godaan dan tipu daya iblis. Firman Allah SWT :

"Wahai anak Adam! Janganlah kamu sekali-kali dapat ditipu oleh sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya dari pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya" (al-A'raf:27)

Jadi, iblislah yang mengajak kepada tabarruj dan buka-bukaan aurat wanita hinggakan jika mereka berpakaian mereka telanjang. Ajaran iblis ini diperkuatkan oleh musuh Islam terutamanya oleh orang Yahudi yang memainkan peranan besar mengeksploitasikan kecantikan wanita melalui media iklan, filem dan hiburan serta budaya pergaulan bebas. Mereka memang berpengalaman menggunakan senjata wanita sejak dulu lagi untuk merosakan umat. Hal ini dijelaskan Nabi SAW. Dari Abi Said al-khudri r.a bahawa Rasulullah telah bersabda: "Sesungguhnya dunia adalah dunia yang menghijau, dan Allah SWT telah mentaklifkan kamu semua kepadanya, maka Dia melihatkan apa yang kamu lakukan. Maka takutlah kamu akan dunia dan takulah akan wanita. Sesungguhnya fitnah pertama Bani Israel adalah berpunca wanita." (Riwayat Muslim)

Tempias fitnah wanita turut terkena wanita Islam yang ingin kelihatan cantik, menawan dan memikat walaupun menutup aurat. Pakaian menutup aurat diperagakan dengan pelbagai cara dan gaya kerana telah disalah anggap bahawa ia adalah satu perhiasan, bukan lagi sebagai perisai keselamatan. Akibat kejahilan dan mengikut hawa nafsu maka mereka terjerumus berlebih-lebihan dalam berhias dan bercantik-cantik. Sehingga akhirnya terkeluar daripada kehendak hukum menutup aurat dan mendapat dosa kerana beberapa sebab, iaitu :

1. Terbuka aurat kerana berpakaian tidak sempurna menutup bahagian-bahagian yang wajib
ditutup dari pandangan manusia. Contohnya, seperti terbuka leher, tangan, telinga dan anak rambut.

2. Terbuka warna kulit kerana memakai pakaian yang nipis dan jarang. selain itu ia juga akan menampakkan bayangan kecantikan dan susuk tubuh wanita.

3. Terbuka susuk tubuh dan bentuk badan kerana memakai pakaian yang ketat. sehingga dikatakan berpakaian seperti tidak berpakaian. Seperti, kelihatan kerampingan pinggang, dada yang bidang dan punggung.

4. Termasuk dengan mengubah kejadian asal ciptaan Allah dengan mencukur bulu kening, menyambung rambut, mengasah gigi dan membuat pembedahan pada tubuh badan.

5. Terjatuh dalam perangkap penyerupaan yang dilarang oleh Allah dan Rasul. Contohnya berpakaian seperti lelaki.

6. Terkeluar dari tujuan murni menutup aurat dengan pilihan warna dan fesyen pakaian yang menjolok mata dan menunjuk-nunjuk serta wangi-wangian.

(Rujukan : Anis,Julai 2009,oleh Roslan Kassim)

JILBAB Pakaian Menutup Aurat

Di dalam al-Quran (al-Ahzab : 59) disebutkan pakaian yang menutup aurat itu dengan nama 'Jilbab'. iaitu sejenis pakaian labuh dan lapang yang dapat menutup kepala,muka dan dada. Jesteru, pakaian yang menutup aurat harus memenuhi beberapa syarat. Antaranya :

1. Pakaian yang menutup seluruh anggota wanita kecuali muka dan dua telapak tangan hingga pergelangan tangan. inilah aurat wanita apabila berhadapan dengan lelaki ajnabi menurut pendapat yang masyhur dalam Mazhab Syafie.

2. Pakaian yang menutup aurat atau 'Jilbab' itu sendiri pada dasarnya bukanlah perhiasan.

3. Kain pakalan yang di gunakan adalah daripada fabrik yang tebal dan tidak tipis atau jarang. Tujuannya untuk menghalang daripada menampakkan warna kulit dan bayangan susuk tubuh.

4. Pakaian menutup aurat atau jilbab itu dari jenis yang longgar dan tidak ketat atau sempit. Tujuannya agak tidak menampakkan bentuk tubuh badan.

5. Tidak memakai wangi-wangian hingga menusuk hidung. Berwangi hanyalah untuk menghilangkan bau busuk dibadan.

6. Fesyen pakaian tidak menyerupai pakaian wanita-wanita kafir dan wanita jahiliyyah.

7. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang lelaki.

8. Berpakaian itu tidak ada maksud untuk menunjuk-nunjuk, Menarik perhatian atau mempamerkan kecantikan kepada orang lain


(Rujukan : Anis, Julai 2009, oleh Roslan Kassim.)

Delema Wanita (Bercantik-cantik dalam menutup aurat)

Bertuah sungguh kaum wanita. seba serbi kejadiannya diciptakan Allah adalah cantik dan menawan. Kecantikan wanita sering dipadankan dengan kata-kata sastera dan indah lagi mengasyikkan.

Rasullah SAW ada bersabda:
"Wanita itu adalah aurat yang tertutup"
(Riwauyat Tirmidzi)

Berdasarkan Hadis ini, Ulama berpendapat bahawa segala yang kelihatan itu adalah AURAT, hinggakan kukunya demikian.
Apabila kecantikan wanita itu sinonim dengan AURAT, maka membukanya dipandang keji dan dibenci.

Apa kata Sayidatina Aishah r.ha tentang suasana ketika ayat hijab diturunkan kepada mereka?
Dari Sofiyah binti Syaibah r.ha berkata:" ketika kami bersama Sayidatina Aisyah r.ha, beliau berkata:
"Saya teringat akan wanita-wanita Quraisy dan keutamaan mereka. Sesungguhnya wanita-wanita Quraisy memiliki keutamaan , dan semi ALLAH, ssaya tidak melihat wanita yang lebih percaya kepada kitab ALLAH dan lebih meyakini ayat-ayat-Nya melebihi wnita-wanita Ansar. Ketika turunkepada mereka ayat: " Dan hendaklah mereka menutupkan kain tidung ke dadanya,"(an-Nur:31) maka para suami segera mendatangi isteri-isteri mereka dan membacakan apa yang diturunkan Allah kepada mereka. Mereka membacakan ayat itu kepada isteri, anak perempuan, saudara perempuan dan kaum kerabar mereka. Dan tidak seorangpun di antara wanita itu yang terkecuali (apabila mendengar ayat itu) melainkan segera berdiri mengambil kain tirai dan menetupi kepada dan wajahnya, (semata-mata) kerana percaya dan beriman kepada apa yang diturunkan ALLAH dalam kitab-Nya. ehingga mereka (berjalan) di belakang Rasullah SAW dengan kain penutup seakan-akan di atas kepala terdapat burung gagak.

(Rujukan:Majalah Anis-Julai 2009)