Tuesday, August 25, 2009

Aurat Wanita

Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi wanita terdapat perbezaan dalam keadaan antaranya:

1) Aurat ketika sembahyang
Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

2) Aurat ketika bersendirian
Aurat wanita ketika bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini beerti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat adalah antara pusat dan lutut.

3) Aurat ketika bersama mahram
Pada asasnya aurat seorang wanita dan mahramnya adalah pusat dan lutut. Pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan digalakkan semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh. (adat menjadi hukum)

4) Aurat ketika di hadapan lelaki bukan mahram
Seluruh anggota badannya kecuali muka dan tapak tangan

5) Aurat ketika di hadapan wanita kafir
Rasulullah S.A.W bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: Abdullah Bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: "Tidak halal kaum wanita islam itu di lihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".

6) Aurat ketika bersama suami
Apabila seorang isteri bersam-sama suaminya di tempat yang terlindung daripada pandangan orang lain, maka islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya. Suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannya bila berhadapan dengan suaminya.

No comments: