Tuesday, August 25, 2009

Pakaian Wanita Dalam Islam

Dalam perbicaraan soal pakaian wanita, Islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita Islam perlu mengikuti panduan syarak seperti berikut:

· Pakaian itu hendaklah menutup aurat
· Pakaian itu hendaklah lonngar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan
· Pakaian yang diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan
· Pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya
· Pakaian tidak berebntuk perhiasan yang boleh menarik perhatian orang yang melihatnya
· Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.

"Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan: maksudnya:Rasulullah S.A.W telah melaknat orang-orang lelaki yang berpakaian perempuan dan perempuan berpakaian lelaki."


· Pakaian bukan melambangkan kemegahan dan bukan untuk berhias-hias atau ditambah dengan haruman yang semerbak.

Abu Musa Al-Asy'ari telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi dan kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau dipakainya, maka dia dikira berzina."

· Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.

No comments: