Friday, August 14, 2009

Keuntungan Menutup Aurat

Selain perintah menutup Aurat, ayat al-Azhab:59 turut menyatakan hikmah mengapa didatangkan hukum. Iaitu untuk memelihara maruah wanita dan menjadi perisai menyelamatkan mereka daripada ganguan manusia. Sebabnya ialah dengan berpakaian menutup Aurat yang sempurna, wanita akan memperoleh tiga keuntungan, iaitu:-

1. Sebagai penghormatan kepada mereka kerana dikenal sebagai wanita yang mulia dan baik-baik. Justeru kerana itu mereka tidak digangu oleh manusia yang fasik.

2. Kecantikan dan keindahan tubuh mereka yang terlindung daripada mencetuskan keinginan jahat dalam hati orang yang berpenyakit hatinya. Ini menghindari daripada perbuatan jahat berlaku ke atas mereka.

3. Dengan menutup tubuh mereka, wanita mendapat kekuatan dalaman untuk menahan diri sendiri daripada melakukan perbuatan dosa dan maksiat.


(Rujukan: Anis, Julai 2009, Oleh: Roslan Kassim)

No comments: