Friday, August 14, 2009

Padah Berhias Berlebih-lebihan

Berkenaan dengan berhias ini Allah SWT ada berfirman: "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah."(al-Azhab: 33)

Rasulullah SAW juga ada bersabda: ."Sebaik-baik wanita di kalangan kamu ialah yang memiliki kasih sayang, subur(banyak anak), suka menghiburkan dan siap melayani, apabila mereka bertakwa kepada Allah. Dan seburuk-buruk wanita di kalangan kamu adalah wanita pesolek dan pengkhayal. Mereka itu adalah wanitamunafik, mereka tidak akan masuk syurga kecuali seperti ghurab a'sham (burung gagak berkaki merah yang sangat jarang ditemui)". (Riwayat Baihaqi)

Akibat daripada berlebihan berhias dan bercantik ini dalam berpakaian menutup Aurat padahnya kembali kepada yang empunya diri. Antaranya:

1. Terbuka tabir perlindungan Allah. Setelah terbuka Aurat, maka tiada lagi perisai keselamatan yang menghindari ganguan kejahatan orang fasik. Sama ada diri sendiri menjadi mangsa atau wanita lain akibat terangsang keinginan jahat lelaki ynag ada penyakit di dalam hati.

2. Kehilangan kekuatan di dalam diri untuk menahan diri daripada melakukan dosa dan maksiat serta perkara yang tidak senonoh. Kekuatan ini diperolehi setelah menutup Aurat dengan sempurna dan menjaga pergaulan.

3. Menjadi sebab dilaknat, dikutuk dan dimurkai oleh Allah dan Rasul di dunia dan di akhirat. Apabila dilaknat maka terhalang daripada menerima petunjuk dan rahmat serta belas kasih-Nya. Rasulullah SAW bersabda:"Akan ada pada akhir umatku nanti wanita-wanita yang berpakaian tapi terlanjang, kepala mereka bagai puntak unta, laknatlah mereka kerana mereka adalah wanita-wanita yang pantas dilaknat."
Di dalam hadis ysng lain, dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Allah melaknati para wanita yang memiliki tatu, dan para wanita yang membuang bulu wajahnya dan meminta dibuangkan bulu wajahnya ; para wanita yang menjarangkan giginya supaya mnjadi cantik dan yang mengubah ciptaan Allah." (Riwayat Bukari dan Muslim)

4. Kemuncak daripada semua ini akan berakhir dengan dijunamkan ke dalam seksa api neraka di akhirat nanti. Nabi SAW ada mengingatkan: " Tiga golongan tidak masuk syurga selama-lamanya; lelaki dayus, perempuan yang menyerupai lelaki dan penggemar arak." (Riwayt at-Tabrani)


(Rujukan: Anis, Julai 2009, Oleh: Roslan Kassim)

No comments: