Friday, August 14, 2009

Ajaran Iblis Melalui Aurat

Sebenarnya dalang di belakang ajakan kepada buka-bukaan dan penelanjangan aurat manusia adalah IBLIS yang terkutuk. Tidak sewajarnya dilupakan peristiwa Nabi Adam dan Siti Hawa terlucut pakaian mereka angkara godaan dan tipu daya iblis. Firman Allah SWT :

"Wahai anak Adam! Janganlah kamu sekali-kali dapat ditipu oleh sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya dari pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya" (al-A'raf:27)

Jadi, iblislah yang mengajak kepada tabarruj dan buka-bukaan aurat wanita hinggakan jika mereka berpakaian mereka telanjang. Ajaran iblis ini diperkuatkan oleh musuh Islam terutamanya oleh orang Yahudi yang memainkan peranan besar mengeksploitasikan kecantikan wanita melalui media iklan, filem dan hiburan serta budaya pergaulan bebas. Mereka memang berpengalaman menggunakan senjata wanita sejak dulu lagi untuk merosakan umat. Hal ini dijelaskan Nabi SAW. Dari Abi Said al-khudri r.a bahawa Rasulullah telah bersabda: "Sesungguhnya dunia adalah dunia yang menghijau, dan Allah SWT telah mentaklifkan kamu semua kepadanya, maka Dia melihatkan apa yang kamu lakukan. Maka takutlah kamu akan dunia dan takulah akan wanita. Sesungguhnya fitnah pertama Bani Israel adalah berpunca wanita." (Riwayat Muslim)

Tempias fitnah wanita turut terkena wanita Islam yang ingin kelihatan cantik, menawan dan memikat walaupun menutup aurat. Pakaian menutup aurat diperagakan dengan pelbagai cara dan gaya kerana telah disalah anggap bahawa ia adalah satu perhiasan, bukan lagi sebagai perisai keselamatan. Akibat kejahilan dan mengikut hawa nafsu maka mereka terjerumus berlebih-lebihan dalam berhias dan bercantik-cantik. Sehingga akhirnya terkeluar daripada kehendak hukum menutup aurat dan mendapat dosa kerana beberapa sebab, iaitu :

1. Terbuka aurat kerana berpakaian tidak sempurna menutup bahagian-bahagian yang wajib
ditutup dari pandangan manusia. Contohnya, seperti terbuka leher, tangan, telinga dan anak rambut.

2. Terbuka warna kulit kerana memakai pakaian yang nipis dan jarang. selain itu ia juga akan menampakkan bayangan kecantikan dan susuk tubuh wanita.

3. Terbuka susuk tubuh dan bentuk badan kerana memakai pakaian yang ketat. sehingga dikatakan berpakaian seperti tidak berpakaian. Seperti, kelihatan kerampingan pinggang, dada yang bidang dan punggung.

4. Termasuk dengan mengubah kejadian asal ciptaan Allah dengan mencukur bulu kening, menyambung rambut, mengasah gigi dan membuat pembedahan pada tubuh badan.

5. Terjatuh dalam perangkap penyerupaan yang dilarang oleh Allah dan Rasul. Contohnya berpakaian seperti lelaki.

6. Terkeluar dari tujuan murni menutup aurat dengan pilihan warna dan fesyen pakaian yang menjolok mata dan menunjuk-nunjuk serta wangi-wangian.

(Rujukan : Anis,Julai 2009,oleh Roslan Kassim)

No comments: