Friday, August 14, 2009

JILBAB Pakaian Menutup Aurat

Di dalam al-Quran (al-Ahzab : 59) disebutkan pakaian yang menutup aurat itu dengan nama 'Jilbab'. iaitu sejenis pakaian labuh dan lapang yang dapat menutup kepala,muka dan dada. Jesteru, pakaian yang menutup aurat harus memenuhi beberapa syarat. Antaranya :

1. Pakaian yang menutup seluruh anggota wanita kecuali muka dan dua telapak tangan hingga pergelangan tangan. inilah aurat wanita apabila berhadapan dengan lelaki ajnabi menurut pendapat yang masyhur dalam Mazhab Syafie.

2. Pakaian yang menutup aurat atau 'Jilbab' itu sendiri pada dasarnya bukanlah perhiasan.

3. Kain pakalan yang di gunakan adalah daripada fabrik yang tebal dan tidak tipis atau jarang. Tujuannya untuk menghalang daripada menampakkan warna kulit dan bayangan susuk tubuh.

4. Pakaian menutup aurat atau jilbab itu dari jenis yang longgar dan tidak ketat atau sempit. Tujuannya agak tidak menampakkan bentuk tubuh badan.

5. Tidak memakai wangi-wangian hingga menusuk hidung. Berwangi hanyalah untuk menghilangkan bau busuk dibadan.

6. Fesyen pakaian tidak menyerupai pakaian wanita-wanita kafir dan wanita jahiliyyah.

7. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang lelaki.

8. Berpakaian itu tidak ada maksud untuk menunjuk-nunjuk, Menarik perhatian atau mempamerkan kecantikan kepada orang lain


(Rujukan : Anis, Julai 2009, oleh Roslan Kassim.)

No comments: