Friday, August 14, 2009

Delema Wanita (Bercantik-cantik dalam menutup aurat)

Bertuah sungguh kaum wanita. seba serbi kejadiannya diciptakan Allah adalah cantik dan menawan. Kecantikan wanita sering dipadankan dengan kata-kata sastera dan indah lagi mengasyikkan.

Rasullah SAW ada bersabda:
"Wanita itu adalah aurat yang tertutup"
(Riwauyat Tirmidzi)

Berdasarkan Hadis ini, Ulama berpendapat bahawa segala yang kelihatan itu adalah AURAT, hinggakan kukunya demikian.
Apabila kecantikan wanita itu sinonim dengan AURAT, maka membukanya dipandang keji dan dibenci.

Apa kata Sayidatina Aishah r.ha tentang suasana ketika ayat hijab diturunkan kepada mereka?
Dari Sofiyah binti Syaibah r.ha berkata:" ketika kami bersama Sayidatina Aisyah r.ha, beliau berkata:
"Saya teringat akan wanita-wanita Quraisy dan keutamaan mereka. Sesungguhnya wanita-wanita Quraisy memiliki keutamaan , dan semi ALLAH, ssaya tidak melihat wanita yang lebih percaya kepada kitab ALLAH dan lebih meyakini ayat-ayat-Nya melebihi wnita-wanita Ansar. Ketika turunkepada mereka ayat: " Dan hendaklah mereka menutupkan kain tidung ke dadanya,"(an-Nur:31) maka para suami segera mendatangi isteri-isteri mereka dan membacakan apa yang diturunkan Allah kepada mereka. Mereka membacakan ayat itu kepada isteri, anak perempuan, saudara perempuan dan kaum kerabar mereka. Dan tidak seorangpun di antara wanita itu yang terkecuali (apabila mendengar ayat itu) melainkan segera berdiri mengambil kain tirai dan menetupi kepada dan wajahnya, (semata-mata) kerana percaya dan beriman kepada apa yang diturunkan ALLAH dalam kitab-Nya. ehingga mereka (berjalan) di belakang Rasullah SAW dengan kain penutup seakan-akan di atas kepala terdapat burung gagak.

(Rujukan:Majalah Anis-Julai 2009)

No comments: