Wednesday, August 26, 2009

Patuh Tanpa Ragu

Gambaran keteguhan iman para salafus solehah. Mereka menutup aurat atas dorongan iman, bukan untuk bercantik-cantik teapi kerana taat dan patuh tanpa ragu, tanpa soal dan tanpa bertangguh untuk melaksanakan perintah Allah, mereka mendengar dengan taat.

Firman-Nya :

" Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, apabila mereka dipanggil Allah dan rasul-Nya agar Rasul menghukum (mengadili) diantara mereka ialah ucapan: " Kami mendengar dan kami patuh." Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepadanya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapatkan kemenangan". (An-Nur:51-52)

Berbeza sungguh dengan sikap hidup umat islam akhir zaman. Apabila berhadapan dengan perintah Allah, umat akhir zaman sering mengambil kira dan memikirkan apa orang lain hendak kata. Mereka sibuk mencari alasan dan pilihan alternatif untuk mengecualikan diri daripada mengamalkan perintah-Nya dengan sempurna.

Ia menjerumskan pada lembah kesesatan bagaiman firman Allah :

" Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak pula bagi wanita beriman itu, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan sesipa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. ( Al-Ahzab:36)

Justera dapat difahami bahawa penampilan diri dalam menutup aurat sebenarnya ada kaitan dengan mutu keimanan seseorang. Jika tidak ada kaitan, mengapa Sayidatina Aishah r.ha menegur wanita-wanita dari Bani Tamim yang datang menziarahi dengan pakaian nipis. Beliau berkata, " Jikalau kamu orang mukmin, maka bukan begini pakaiannya orang -orang perempuan mukmin itu." (Riwayat Thabrani dan lain-lain)

Apabila takbir perlindungan Allah telah robek, manakan ada perlindungan yang lain selain Allah SWT. Jika telah berlaku demikian, bersedialah untuk menerima bahana yang tidak tertanggung beratnya sama ada di dunia mahupun di akhirat.

No comments: